Lantunan / Kickback

  • Lantunan ialah reaksi mengejut gergaji apabila hujung sudut papan tersentuh dengan objek dan ia akan melantun.
  • Lantunan biasanya berlaku mengikut  arah permukaan potongan.
  • Lantunan dapat dielakkan dengan menggunakan teknik yang betul semasa memotong pokok.

Advertisements

Arahan Keselamatan Umum

  1. Gergaji berantai direka khas untuk memotong kayu. Alat pemotong yang boleh digunakan
    dengan gergaji berantai ini hanya kombinasi papan dan rantai yang disyorkan di bahagian
    Data Teknikal”.
  2. Jangan gunakan gergaji jika anda letih, mabuk atau setelah
    mengambil ubat yang boleh menjejaskan penglihatan.
  3.  Selalu memakai pakaian keselamatan.
  4. Jangan gunakan gergaji yang telah diubahsuai.
  5. Jangan gunakan gergaji yang bermasalah.
  6. Keselamatan bahan bakar:
  • Jangan mengisi bahan bakar jika enjin masih hidup.
  • Pastikan pengudaraan yang mencukupi semasa mengisi dan mencampurkan bahan bakar dengan minyak 2-lejang.
  • Pindahkan mesin sekurang-kurangnya 3 meter dari tempat mengisi bahan bakar
    sebelum anda menghidupkannya.
  • Jangan hidupkan enjin jika:
  1. Anda tumpahkan bahan bakar atau minyak rantai pada mesin. Lapkan dan
    biarkan bahan bakar yang lebih mengewap.
  2. Bahan bakar tertumpah pada diri anda atau pada pakaian anda, salin pakaian
    anda. Cuci tubuh anda dengan menggunakan sabun dan air.
  3. Terdapat kebocoran bahan bakar pada mesin, kerap buat pemeriksaan keatas
    penutup bahan bakar dan saluran bahan bakar

Komponen-Komponen

Husqvarna 350XP                                          Husqvarna 365XP

PENGENALAN GERGAJI BERANTAI

 


              Gergaji rantai merupakan sejenis gergaji mekanikal mudah alih yang digerakkan dengan menggunakan tenaga elektrik, udara mampat, hidraulik, atau yang paling lazim, enjin kecil 2 lejang.[1] Ia digunakan dalam pelbagai jenis aktiviti terutamanya bagi tujuan pembalakan, pencantasan pokok, pembersihan hutan serta bantuan pencegahan kebakaran hutan daripada merebak. Terdapat juga sebilangan kecil gergaji rantai khas yang boleh digunakan untuk memotong konkrit.

Sejarah

Asal-usulnya masih dipertikaikan, tetapi peralatan pertama yang menyerupai gergaji rantai mungkin dibuat sekitar tahun 1830 oleh ahli ortopedik Jerman Bernard Heine. Peralatan tersebut mempunyai pautan rantai yang mengangkut mata pemotong kecil; rantai tersebut bergerak melalui bilah pemandu dengan memutarkan hendal roda gegancu. Ia digunakan untuk memotong tulang.

Dua penyumbang utama kepada penciptaan gergaji rantai moden ialah Joseph Buford Cox dan Andreas Stihl; Stihl mempatenkan dan membangunkan gergaji rantai pada tahun 1926 dan seterusnya gergaji rantai berkuasa petrol pada 1929, serta mengasaskan sebuah syarikat bagi mengeluarkannya secara besar-besaran. Pada tahun 1927, Emil Lerp, pengasas Dolmar, membangunkan gergaji rantai berenjin petrol pertama di dunia dan mengeluarkannya secara besar-besaran.

McCulloch dan Industrial Equipment Corporation di Amerika Utara mula mengeluarkan gergaji rantai. Model-model terawalnya sangan berat sehingga memerlukan dua orang untuk menggunakannya serta mempunyai roda. Selepas Perang Dunia Kedua, penambahbaikan terhadap aluminium serta rekaan enjin menjadikan gergaji rantai lebih ringan sehingga boleh dikendalikan oleh seorang sahaja.

Gergaji rantai kini sudah menggantikan gergaji mudah kendalian manusia dalam bidang perhutanan. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada gergaji elektrik kecil untuk kegunaan rumah dan kebun, sehinggalah gergaji pembalakan yang besar. Anggota unit jurutera tentera turut dilatih untuk menggunakan gergaji rantai.

Bahagian utama gergaji rantai

Sebilah gergaji rantai terdiri daripada beberapa bahagian berikut.

  • Enjin – hampir kesemuanya terdiri daripada enjin pembakaran dalaman petrol kecil 2 lejang, biasanya dengan sesaran enjin dalam lingkungan 30-120 cm3. Sebilangan kecil gergaji rantai menggunakan motor elektrik atau udara mampat.
  • Mekanisme pacuan – terdiri daripada klac emparan dan gegancu.
  • Bilah pemandu – bilah panjang yang diperbuat daripada keluli aloi tahan haus serta mempunyai alur di bahagian tepinya untuk panduan rantai.
  • Rantai pemotong – sejenis rantai yang seakan rantai basikal tetapi mempunyai mata pemotong yang tajam. Di bahagian bawah setiap pautan rantai terdapat satu jejari kecil yang berfungsi untuk mengangkut minyak pelincir di serata rantai serta untuk berpaut pada gegancu bagi tujuan pemacuan.



Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat datang kepada rakan-rakan blogger..

Disini, saya ingin berkongsi pelbagai informasi tentang gergaji berantai.